25 Ogos 2013 - 19:30
Pengganas terpaksa makan daging manusia

Selain pengganas Syria, militan Boko Haram Nigeria terpaksa makan membunuh rakan sendiri dan memakan daging mereka.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Portal berita al-Ahram Mesir melaporkan kumpulan pengganas Boko Haram terpaksa memakan daging rakan sendiri apabila diancam kebuluran setelah dikepung askar kerajaan selama sebulan di kawasan hutan Magumeri, Nigeria.Salah seorang anggota pengganas Momodu Bukar berkata kepada wartawan, beliau sempat melarikan diri dari sarang pengganas pada hari Khamis lalu apabila curiga mereka akan menjadikannya mangsa pengganas yang sedang kalaparan."Syukur kepada Tuhan saya terlepas dari disembelih untuk dijadikan jamuan sahabat handai di kem itu," kata Bukar.Beliau kemudian ditangkap oleh pasukan belia Vigilante yang dikenali sebagai JTF di medan motor jalan Baga, Maiduguri.Katanya lagi, kumpulan militan terpaksa ke hutan sejak bulan Mei apabila dipaksa keluar oleh askar kerajaan dari Marte setelah kawasan tersebut diistihar darurat dalam operasi ORO (Operation Restore Order)."Kumpulan kami terdiri dari 300 orang yang lengkap bersenjata, maju ke arah Megumeri atas arahan pemimpin mazhabnya Abubakar Shekau. Kami mengembara ke hutan. Kami kehabisan bekalan makanan, air dan sebagainya, semua orang menjadi lapar," kata Bukar.Beliau juga mengaku terputus hubungan dengan Shekau disebabkan penutupan perkhidmatan komunikasi GSM oleh ibupejabat pertahanan."Semuanya bermula pada hari Isnin apabila tiga militan mati kebuluran, dan ia menjadi jelas bahawa kita semua akan mati jika tidak berbuat sesuatu. Pemimpin kumpulan, Abu Omar mengarahkan salah seorang yang bukan militan disembelih untuk dijadikan jamuan kepada yang lain. Daging tersebut  hanya mencukupi untuk hidangan selama dua hari sahaja dan individu yang lain dibunuh dengan cara yang sama pada hari Rabu. Jadi memang pasti saya akan menjadi orang berikutnya kerana saya bukanlah ahli militan," kata beliau.Bukar menjelaskan beliau melarikan diri selepas sukarela ingin membantu mencari minuman kepada kumpulannya di perkampungan berhampiran."Saya tinggalkan kem pada hari Khamis petang setelah bersetuju mengambil air dari kampung tersebut. Sebaik sahaja meninggalkan kem, saya mula melarikan diri sehingga sampai di kota Magumeri, jadi saya tidur di medan motor sebelum berangkat ke Maiduguri dengan sedikit wang," katanya.Menurutnya, beliau ditangkap serta merta oleh kumpulan belia Vigilante sebaik sahaja sampai di medan motor Maiduguri.Pegawai vigilante Ajid Ashiek mengulas, tertuduh akan diserahkan kepada JTP untuk soal siasat dalam operasi ORO.